
Racun Segumpal Hati 2026

Racun Segumpal Hati 2026
Synopsis
Rania (Mira Filzah) dan Alisa (Riena Diana) membesar dalam kemiskinan bersama ibu bapa mereka, Kamil (Fauzi Nawawi) dan Hasnah (Fiza Halim). Sebagai sandaran harapan keluarga, Rania memikul jangkaan yang tinggi, manakala Alisa sering berasa terpinggir apabila kebolehan dan impiannya kurang dihargai. Masing-masing melihat kehidupan yang lain lebih baik, tanpa benar-benar memahami tekanan yang ditanggung satu sama lain.
Dewasa, Rania membangunkan perniagaan tepung pelita dengan sokongan suaminya, Hakim (Kamal Adli), yang banyak membantu di belakang tabir. Apabila Alisa kembali selepas melalui rumah tangga yang penuh penderitaan, kehadirannya membuka ruang untuk dua beradik itu merapatkan semula hubungan. Hakim turut menyambut Alisa sebagai sebahagian daripada keluarga, namun hubungan mereka bertiga semakin rumit apabila batas antara keprihatinan, tanggungjawab dan perasaan mula diuji.
Di sebalik usaha membina kehidupan baharu, luka lama kembali membayangi Rania dan Alisa. Ketika kasih sayang bertembung dengan keinginan untuk difahami dan dihargai, kedua-duanya terpaksa berdepan dengan pilihan yang menguji erti keluarga, kepercayaan dan pengorbanan.