Syafiq (Muaz Zabir) mahu belajar di Australia tetapi ditentang ibu bapanya lalu dikenakan syarat tinggal 30 hari sepanjang Ramadan di kampung untuk menjaga Tokwan (Sabri Yunus) yang uzur. Pada awalnya dia memberontak dan tidak selesa dengan kehidupan kampung, namun perkenalannya dengan Laura (Ariana Yusof) serta pengalaman beribadah dan membantu Tokwan perlahan-lahan mengubah dirinya menjadi lebih sabar dan matang. Walaupun hampir kembali ke KL, Syafiq akhirnya sedar Ramadan itu paling bermakna buatnya. Pada 1 Syawal, walaupun ibu bapanya merelakan dia ke luar negara, Syafiq memilih untuk terus belajar di Malaysia demi menghargai keluarga, kehidupan kampung dan cintanya terhadap Laura.

